Pelan Bajet Majlis Perkahwinan
Step kedua. Kita mesti menetapkan target yang nyata dalam membentuk plan tindakan. Untuk aku, setiap tindakan dan perbelanjaan akan berpaksikan pada 1 prinsip, iaitu berjimat sehabis boleh.
Memang benar,
kahwin hanya sekali seumur hidup tapi itu bukanlah alasan untuk berbelanja
besar melebihi kemampuan kita. Setuju?
Oke, point form!
1- PRINSIP – Berjimat
i.
Berjimat dalam aspek dekorasi,
buah tangan tetamu dan hal-hal lain yang hanya bermotifkan kemegahan/kemewahan
semata. Supaya dapat memaksimumkan kapasiti bajet dalam menyediakan jamuan
makan/juadah untuk tetamu. ->sedekah .Itu yang utama dlm walimah right?, bagi
makan orang ramai.
2- STRATEGI
i.
Pelamin - Tiada. (nasib lah Incik Tunang pon
same-same sepakat taknak bersanding . Maklom lah pemalu belake kan ^ _^)
ii.
Hiasan bilik tidur – Butik
iii.
Set perabot bilik tidur – Guna sedia
ada.
iv.
Kad jemputan – DIY
v.
Gubahan hantaran – DIY (recycle
material Hantaran Tunang)
vi.
Videographer – Sepupu
vii.
PA system – termasuk dlm Pakej Dewan
viii.
Photographer – Butik ~ pakej basic
ix.
DJ – Masih dalam pertimbangan.
x.
Baju pengantin – Sewa (dah kira, sewa lagi ekonomik daripada tempah)
xi.
Make up – Sekali shj. (Upacara akad nikah, hari yg sama)
xii.
Buah tangan tetamu – Bunga
telur
xiii.
Goodie bag – Dihadkan kepada
rombongan pihak pengantin lelaki sahaja.
xiv.
Semerit, Payung, Bantal, Kipas –
Kepunyaan Mak Saudara.
xv.
Kumpulan kompang – Belum decide
lagi, perlu ke tak.
3- BAJET TEPI
i. Setiap perkara pasti ada bajet tepi atau aliran wang keluar yang negligible. Walaupun ianya bajet tak penting, tapi kalo tak dikawal, ia boleh mengundang masalah ‘Lari Bajet’.
ii. Contoh bajet tepi: Kos petrol perjalanan untuk membeli barang, makan minum semasa membeli-belah, prepaid telefon bimbit, dll.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
orang yg nak kawen should be a good wedding planner.
ReplyDelete[tetiba rse nak copy document syu walaupun lambat lagi nak kawen. haha!]
haa~ inai lukis takleh tau. :)
@Cik Reena Tan mcm kompem je lmbt lagi..tah2 pas raye haha..
ReplyDelete