Teknik Urutan Bayi Step-by-Step | Ramai ibu yang tak tahu teknik urutan bayi baru lahir dengan tepat. Kesilapan tekanan tangan semasa mengurut boleh mengundang masalah kepada bayi itu sendiri. Mari ikuti teknik urutan bayi step-by-step yang di sampaikan oleh perunding kanak-kanak, yang dipetik dari laman Baby Center ini.
TIPS UNTUK MENJAYAKAN URUTAN :1- Lakukan urutan di dalam bilik yang sederhana panas / suam2- Seelok-eloknya lakukan urutan bayi dalam keadaan bertelanjang 3. Mainkan lagu lembut atau CD Soothing Melody 4- Gunakan minyak atau losyen untuk mengurangkan geseran 5- Lakukan urutan sebaiknya selepas mandi dan pada waktu yg sama 6- Pandanglah mata bayi anda, menyanyi dan bercakaplah kepada bayi anda ketika mengurut 7- Adalah disyorkan bermula dari bahagian kepala hingga hujung kaki kemudian barulah beralih ke bahagian belakang bayi 8- Aktiviti menurut merupakan suatu aktiviti meriangkan untuk anda dan bayi, jadi pastikan anda bersedia dan tenang sebelum bermula. |
MASALAH DAN PENGHALANG :1- Saya takut kalau-kalau saya mengurut bayi saya dengan tekanan yang kuat hingga mendatangkan kemudaratan.
Sekiranya ibu bapa ingin memulakan urutan ke atas bayi, ia boleh dimulakan dengan sentuhan yang lembut. Tekanan ditambah perlahan-lahan apabila ibu semakin yakin dan bayi pula kelihatan selesa dengan urutan anda.
2- Saya ingin melakukan urutan bayi tapi saya tiada masa
Urutan hanya memerlukan kurang dari 10 minit bagi bayi yang baru lahir atau bayi yang masih dalam pantang. Bagi yang agak besar, urutan boleh dilakukan dari 10 hingga 20 minit.
3- Saya bersedia dan cukup tenang untuk memulakan urutan, tapi bayi saya kelihatan tidak berminat dengan urutan.
Kadang-kala bayi berasa letih. Jadi tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat. Cubalah untuk mengurut bayi anda selepas bangun tidur.
4- Saya mempunyai bayi pramatang. Setiap kali sesi mengurut pasti dia menggigil kesejukan dan tidak selesa. Sedangkan suhu bilik berkeadaan normal malah kipas angin dipadamkan.
Bayi pramatang mempunyai tubuh yang kecil dan mudah kehilangan haba. Bagi mengelakkan berlakunya hypothermia, letakkan kain selimut di bahagian yang tidak diurut. Contoh, jika sedang mengurut dada, selimutkan perut dan kebawah.
|
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
nice info thanks for sharing
ReplyDeletehttp://long-cham.blogspot.com/
U are most welcome
Deletehye I just stumbled your blog and I find that it is very interesting and informative.
ReplyDeleteThanks
Deletetqtq for sharing..nice entry...nnt dah bersalin nak try... ;)
ReplyDeleteGlad that this entry berguna utk semua
Deleteenjoyed the experience..Semoga dalam rahmat Allah selalu
ReplyDeleteAmin. InsyaAllah. Moga rahmat Allah melimpah kepada kita semua
Delete