Tips melatih anak memberus gigi sejak bayi | Mamy Syu ada sedikit panduan yang ingin dikongsikan buat ibu-ibu bagi melatih anak memberus gigi. Tips ni berdasarkan pengalaman I punya mama melatih kami adik beradik supaya "melekat" dengan rutin amalan memberus gigi setiap kali mandi sejak kecil lagi. So I cedok ilmu dari pengalaman Mama membesarkan kami 6 beradik dan aplikasikan ke atas anak I pulak.
Berikut merupakan beberapa cara mudah melatih bayi menggosok gigi.
1. Mulakan menggosok gigi seawal gigi pertama kelihatan keluar menembusi gusi.
Yes, memang masa tu gigi masih terlalu kecil dan sedikit untuk digosok. Masa ni cuma nampak macam sebutir beras terletak atas gusi je kan. Tapi tujuan utamanya adalah bagi membiasakan bayi dengan rutin menggosok gigi. Amalkan dua kali sehari pagi dan petang, pada waktu dan jam yang sama setiap hari.
2. Posisi yang ideal
Posisi yang paling selesa untuk ibu dan bayi, adalah letakkan bayi duduk di atas ribaan,dalam keadaan bayi membelakangi kita. Sokong dagu bayi dengan tapak tangan kiri, manakala jari telunjuk dan ibu jari menarik bibir bayi keluar. Gunakan tangan kanan untuk menggosok gigi bayi. Bagi bayi yang masih belum boleh duduk, letakkan bayi berbaring atas ribaan.
3. Material untuk menggosok gigi
Pada permulaan, Syu gunakan kain napkin bayi yang baru.(belum dikenakan sebagai lampin) Balut napkin lembap pada hujung jari, dan calitkan sedikit ubat gigi bayi pada permukaan napkin dan mula lah menggosok dengan gerakan membulat.
4. Persediaan mental
Walaupun bayi belum pandai bercakap, namun mereka boleh memahami kata-kata orang dewasa, maka setiap kali hendak memulakan sesi menggosok gigi, bercakaplah dengan bayi korang tu. Minta kebenaran dia untuk memeriksa dalam mulutnya, beritahu apa yang hendak anda lakukan, untuk apa dan mengapa supaya mereka lebih bersedia dan rela. Begitulah adab yang diajar islam.
Nota : Anak Syu dilahirkan tak cukup bulan tapi sangat aktif dan kakinya gagah menendang-nendang. Masa budak Naufal ni perlukan suntikan usia sebulan, Syu rasa bimbang disebabkan tubuhnya sangat kecil, dan isi dan lemaknya terlalu nipis masa tu. Takut kalau dia meronta-ronta sampai jarum secara tak sengaja tercucuk sampai ke tulang ~ohh.
Jadi Syu tanya pendapat seorang ustaz melalui facebook, beliau memesan agar sebelum pergi ke klinik, duduk berdua dalam bilik dengan bayi dan bercakap apa yang akan dia lalui pada hari tersebut. Minta kebenarannya, dan tenangkannya. Alhamdulillah sampai suntikan usia 18bulan sekarang, anak Syu tak pernah sekali pun mengamuk dan meronta-ronta di klinik. Anak memberikan kerjasama yang sangat baik. Itu psikologi.
5. Mengajar melalui contoh
Bila bayi dah berusia 6-8 bulan, bayi sudah boleh duduk sendiri di dalam besen mandian, atau berdiri dengan berpaut pada sesuatu. Jadi ibu boleh berikan sebatang berus gigi di tangan anak, sambil kita jadi model memberus gigi di depan mereka. Tunjukkan yang memberus gigi adalah perkara yang menyeronokkan. Ibu juga boleh mendendangkan melodi lagu kesukaannya dengan menggunakan suara dalam, sambil menari.

6. Berikan sokongan moral dan galakkan
Berikan pujian dan tepukan setiap kali selesai menggosok gigi. Hadiahkan ciuman, pelukan dan senda gurauan sebagai ganjaran. Jangan sesekali memberikan ganjaran berupa makanan dan susu! Selain itu juga, berikan galakkan dalam bentuk video dan kartun. Contohnya aplikasi Talking Ginger. Aplikasi yang interaktif, muzik latar yang catchy dan karakter yang comel cepat menarik minat anak.
Apa Mamy Syu nak cakap
Jadi inilah cara Syu melatih Naufal menggosok gigi, dan kesannya "melekat" jadi tabiat sampai sekarang. Anak Syu dah berumur 22 bulan, setiap kali mandi mesti dia akan minta "Bu, jiji, jiji" sambil tunjuk berus gigi di dinding. Senang! Tak perlu ibu berperang tiap kali nak gosok gigi. (^_^)
Walau apapun yang kita lakukan, sabar adalah kunci paling utama. Jangan sampai bayi rasa tertekan dan menganggap aktiviti menggosok gigi adalah satu bentuk toture yang menakutkan. Amalkan pendekatan psikologi dan berhemah. Jangan berkasar!
Entri berkaitan: Tips melatih si kecil menggunakan tandas | Potty Training
Entri berkaitan: Tips melatih si kecil menggunakan tandas | Potty Training
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
alaaa comellnyeee
ReplyDeleteade jugak tgk berus gigi bayi..
yang tu cmne lak nak gune ye
Same jugak ayu..sarungkan kat jari dan gosok pelan2..
Delete