Sungai Air Beruk terletak kira-kira 20 minit dari Pekan Gerik melalui jalan menghala ke Pengkalan Hulu. Tempat ini terletak di Kampung Padang Stang, Gerik. Ia merupakan cabang anak sungai yang berpunca dari wilayah Pattani yang juga menghubungkan antara Perak dengan wilayah Selatan Thailand.
Kelihatan empangan kecil merintangi sungai |
Sejarah pembinaan lata di Air Beruk ialah untuk menjana elektrik bagi kawasan yang berdekatan. Dahulunya, orang Pattani berhijrah ke Tanah Melayu menghilir melalui Air Beruk dan telah mewujudkan kawasan perkampungan di Padang Stang. Di kawasan perkelahan Air Beruk juga disediakan kemudahan seperti tandas, surau dan dewan seminar.
Nyaman dan teduh |
Di sungai Air Beruk ini jugak terletaknya restoran unik yang menyajikan sajian bangsawan Nasi Buluh yang boleh dinikmati sambil kaki bermain air sungai. Restoran yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Castella Cafe. Yup! Castella Cafe terletak di pinggir sungai air beruk ni lah!
Pemilik restoran yang terkenal dengan nama jolokan, Tok Janggut Putih, mengetengahkan konsep makan begini pun selepas menerima request dari pelanggan-pelanggan sendiri yang menginginkan makan-makan cara berkelah di dalam sungai. Kebetulan cafe Tok janggut betul-betul di pinggir sungai, so memang tiada masalah nak terapkan konsep makan begini.
Bagaimanapun, pelanggan diberi pilihan untuk menikmati hidangan di pondok rehat berhampiran dan boleh juga duduk di meja yang disediakan di pinggir sungai sambil menikmati hidangan ikan sungai yang segar dan enak.
Ikan sungai | Ikan Kelah, Ikan Tengas, Ikan Tenggalan, ikan Kelaba, ikan Sebarau, ikan Baung, Lampam, Ikan Tilapia | Juga menyediakan BBQ daging. |
Hidangan yang diberi nama menu Bangsawan Melayu Pattani itu turut dihidangkan didalam buluh dan pelanggan juga boleh memilih jenis menu dan ikan sungai mengikut citarasa masing-masing. Castella menyediakan pelbagai pakej makanan yang boleh dinikmati oleh empat hingga enam orang pada harga RM150.
Pelbagai jenis ikan sungai disediakan termasuklah juga ulam-ulaman. Pelanggan juga boleh memilih jika ingin menikmati hidangan selain ikan iaitu ayam dan daging |
Disebabkan tempat adalah terhad, so korang yang berniat untuk datang menikmati juadah di sini perlulah membuat tempahan terlebih dahulu. Tak perlu formal sangat pun. Cukup sekadar menghantar mesej ringkas melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-20503454 atau PM di fanpage beliau.
Aktiviti berakit turut disediakan |
Selain makan-makan, cafe yang terletak di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik ini juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti mandi-manda di sungai dan berakit yang dibuka bermula jam 12-00 tengah hari hingga malam.
So tunggu apa lagi. Kalau korang teringin nak merasai suasana santai dan tenang sambil mendengar deruan air sungai yang cukup mengasyikkan ni, Castella Cafe, Sungai Air Beruk adalah pilihan terbaik!
Telefon : 011-20503454 (Tok Janggut a.k.a Mohd Isa Ramli)
Facebook : Castella Cafe (get direction melalui facebook)
Alamat: Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik (GPS coordinate 5.5166, 101.12656)
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
wow nampak menarik gile. seriousss!!
ReplyDelete