Kemurungan Selepas Bersalin atau Meroyan

Māmy Syu
5
Major Depressive Disorder, kebimbangan melampau, anxiety, kemurungan, psikiatri anxiety depression
Kemurungan lepas bersalin atau dalam bahasa Inggerisnya pospartum depression, biasa berpunca dari "sakit hati" yang disebabkan oleh pelbagai keadaan. Boleh jadi, sakit hati sebab kehilangan bayi yang dikandung, atau bayi yang baru dilahirkan tu didiagnosis dengan suatu masalah kesihatan yang sukar diterima oleh ibu.
tanda meroyan selepas bersalin
Kadangkala sakit hati boleh timbul akibat terlalu kecewa dengan pasangan, atau mungkin juga disebabkan ibu tu sendiri telah melalui pengalaman perit yang traumatik semasa proses bersalin.
meroyan selepas bersalin in english
postpartum depression,Major Depressive Disorder, kebimbangan melampau, anxiety, kemurungan, psikiatri anxiety depression


Cari dan atasi penyebab "sakit hati" itu sendiri 

Bagi Syu sendiri, pengalaman melahirkan anak pramatang empat tahun lalu bagaikan sebuah tamparan hebat bagi seorang ibu muda, yang baru bersalin anak sulung, yang takda pengalaman, dan tentunya sangat sukar bagi Syu untuk terima perubahan corak tidur yang semakin pendek.
maksud meroyan dalam english
Bila sesuatu yang berlaku tu tak sama dengan apa yang kita expect, memang hati akan sakit. Itu normal.
petua hilangkan angin meroyan
Apa yang tak normal, adalah cara kita deal dengan rasa sakit hati tu. Adakah kita nak "mengelak" atau kita nak "hadapinya"? Kedua-dua cara ni akan membawa kesan yang sangat jauh berbeza antara satu sama lain.
 pengalaman meroyan selepas bersalin
Bila kita pilih pendekatan "mengelak" kita akan cenderung untuk mengambil jalan mudah macam telan ubat tidur contohnya.
   maksud meroyan dalam pantang
Atau kita lari dengan cara mengabaikan anak lalu ber-shopping, melayan movie 24jam atau menghamburkan sakit hati tu melalui kemarahan.
jenis meroyan selepas bersalin

Pengalaman Kemurungan Selepas Bersalin

Jujur Mamy Syu akui, melahirkan bayi pramatang bukanlah sesuatu yang mudah. Baby kita ditahan di wad NICU hampir setengah bulan, sementara kita masih terlantar sakit di wad postnatal, dengan parut bedah czer yang masih segar dan baru!
cara mengatasi stress selepas bersalin 
Rasa pedih seakan-akan nak terburai isi perut. Ohh~

Major Depressive Disorder, kebimbangan melampau, anxiety, kemurungan, psikiatri anxiety depression,kemurungan selepas bersalin, baby-premature-bayi-pramatang-melayu


Hati tak cukup kuat melihat keadaan baby dalam balang, dengan badannya dipenuhi wayar. Hari pertama kehidupannya di dunia pun dah di cucuk sana sini.
doa hilangkan meroyan
Bayangkan baby dengan berat 1.8kg, dicucuk untuk diambil sampel darah di urat halusnya setiap jam 6 pagi..ohh~ Ibu tak kuatt!
 Gangguan emosi postpartum
Beberapa kali jugak berlaku pembengkakan dan kemerahan pada tangannya sebab pendarahan di bawah kulit (trombos). Kesian kau anak!.

Kat dalam perut mamy, kau safe and sound je selama 7 bulan. Keluar-keluar je ke dunia, macam-macam penyiksaan dan kesakitan terpaksa kau tanggung.
Kemurungan postpartum atau meroyan
Masa tu, memang mamy stres sangat. Di tambah pulak sakit akibat demam bengkak susu.
tanda tanda meroyan
Menggigil-gigil satu badan, seram sejuk diserang demam urat sebab masih tak berpeluang menyusukan anak walau dah 3 hari anak lahir. Anak sulung kot!

Tiada siapa bagitahu, kalau anak tak menyusu direct, kau kena perah keluar susu kau supaya tak menanggung sakit.

Tiada seorang nurse atau sister yang datang educate tentang penyusuan susu ibu hinggalah hari ke-4. Lepas tu barulah mamy diajar memerah susu secara marmet, untuk keluarkkan kolostrum.

Perhatikan kronologi. Bermula dengan stres disebabkan faktor kesihatan dan kurang ilmu. Tertekan sebab tak berdaya menguruskan diri dan anak. Berlarutan menjadi sebuah ketakutan. Mamy menjadi resah tak menentu. Tak sanggup kalau anak diapa-apakan.

Baby ada di NICU, dan menerima TPN (total parenteral nutrition) iaitu teknik penyaluran nutrisi lengkap terus ke dalam salur darah tanpa melalui organ pencernaan.

Sebabnya?
Istighfar Seribu Kali Sehari Penawar Sakit Meroyan
Baby pramatang, adalah serba serbi tak matang, termasuklah sistem penghadamannya.
Major Depressive Disorder, kebimbangan melampau, anxiety, kemurungan, psikiatri anxiety depression

Hari ke-7 barulah Pakar Paeds planning untuk start bagi susu badan secara berperingkat. Sebagai permulaan, doktor akan memasang rest tube pada baby bagi membolehkan susu dimasukkan terus ke perut.
ubat meroyan


Insiden Tumpah Darah selepas Seminggu Berpantang

Sekali lagi aku diselubungi perasaan takut dan risau, bila mendengarkan anakku meraung-raung sampai hilang suara dari dalam bilik prosedur. Ohh~
meroyan maksud
Prosedur memasukkan ryles tube kedengarannya sangat menyakitkan dia. Aku yang menunggu di luar ni, turut sama menangis membayangkan betapa sakitnya dia.

Ya Allah!
Petang tu aku alami tumpah darah. Petang tu juga Ma ngan Abah, memecut datang dari kampung, bersama air yasin, serta memberikan dorongan moral.

Ma pesan, jangan stres, dan jangan menangis dalam pantang. Bahaya!
Petua Untuk Merawat Penyakit Meroyan
Tumpah darah tu salah satu petanda tak elok!. Kalau kata orang tua-tua, kejadian tumpah darah tu dipanggil bentan.

Masa tu aku dah mula dapat rasakan kelainan pada diri aku. Cara aku berfikir, dah mula "senget" sikit. Aku tertekan melihat baby aku menderita, menjalani satu demi satu prosedur yang menyakitkan dia.

Sumpah tak tahan. Malam tu, aku menangis buat kali kedua, dan kali ni betul-betul membuatkan aku hilang akal.

Aku menangis sambil merancang dalam kepala, nak larikan anak aku keluar dari hospital. Beg pakaian aku kemas untuk standby nak lari. Allahu~
bidan mengurut batu meroyan
Aku menghukum dan.menyalahkan diri aku.
Aku merasakan seolah-olah akulah yang menyebabkan dia terpaksa melalui semua "penyiksaan" ini.

Kalaulah kamu masih dalam perut ibu. Dah tentu kamu masih tidur dengan aman, tanpa diganggu dan disakiti sesiapa.

Kalaulah ibu tak lahirkan kamu sebelum cukup sembilan bulan, mesti kita berdua tak perlu tinggal di hospital begitu lama macam ni.

Satu demi satu "kalau" yang timbul. Kalau itu..kalau ini..sehinggalah ke subuh.

Kronologi : Bermula masalah sukar tidur akibat keresahan. Otak mula fikirkan yang bukan-bukan dan perkara yang tidak-tidak.

Keesokannya, seperti biasa, suami menolak Syu dengan menggunakan wheelchair menuju ke NICU bersama stok susu yang baru diperah. Mata masih bengkak, dan pandangan agak kabur.
petua hilangkan angin meroyan
Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Syu. Sampai je NICU, Syu disuruh cuba untuk direct feeding baby. Beberapa kali cuba dan cuba, namun hasilnya tetap gagal. Kecewa!
isteri kemurungan selepas bersalin
Akhirnya, susu sebanyak 2mL dimasukkan dengan menggunakan ryles tube. Runtun hati seorang ibu melihatkan anak diberi susu melalui wayar. Allah je yang tahu. Sekali lagi, mata aku rabak menangis mengenangkan nasib my baby.
kes kemurungan selepas bersalin di malaysia

Kesan Menangis dalam Pantang Pencetus Kemurungan atau Meroyan

Tiga kali!

Tiga kali sepanjang seminggu tempoh berpantang ni aku menangis. Ini dah cukup untuk membuat aku diselubungi emosi negatif san kesukaran untuk tidur. Silap aku juga sebenarnya. Bukan sahaja aku tak cuba untuk berkongsi dengan suami, malah aku menjauhkan diri pulak dari dia. Sedangkan dia sentiasa ada di sisi, tak kira dalam tempoh melawat atau bukan waktu melawat.
Tekanan Perasaan Selepas Bersalin
Di luar waktu melawat, dia sentiasa setia menunggu di balkoni belakang yang dipisahkan oleh sebuah tingkap, betul-betul bersebelahan dengan katil aku. Aku pilih untuk tidak meluahkan pada suami kerana beranggapan bahawa dia dah cukup susah, tidur di balkoni, dengan nyamuk, dengan panasnya, tak berselimut tak berbantal. Fikir aku, yang aku ni dah cukup-cukup menyusahkan. So taknak menambah lagi kesusahan dia.
 petua hilangkan angin meroyan
Thoughts sebeginlah yang membuatkan keresahan aku bertambah parah. Tanggapan dan pemikiran bahawa diri ini sebagai beban, dan juga menganggap diri sendiri merupakan seorang ibu yang tak berguna kerana gagal menyusukan anak sendiri. Tanggapan negatif terhadap diri sendiri datang bertalu-talu menghujani aku.

Baca juga : Teknik Mengurut Untuk Menenangkan Ibu Berpantang 

Entah dari mana, telinga mula menangkap bunyi bising suara yang bergema-gema, suara orang mentertawakan aku. Tak semena-mena, aku rasa tercabar seperti diejek dan makin marah pada diri sendiri.

"Ibu jenis apa aku ni?"

Tak mampu nak mengenyangkan anak sendiri pun! Bertubi-tubi aku menyalahkan diri aku atas semua yang berlaku.
meroyan lepas bersalin
Koronologi : Syu mula hilang minat dengan keadaan sekeliling dan kurang bercakap. Syu mula menyalahkan diri sendiri dan merasakan diri tak berguna. Ditambah dengan faktor tak cukup tidur nya, Syu mula berdelusi sesuatu yang tidak-tidak. 

Nampak? Plot ke arah menjadi psikosis postpartum atau meroyan ini bagaimana kan?
meroyan lepas bersalin
Hal-hal yang remeh sebegitu pun aku boleh ambil terlalu serius? Padahal, jika kita berfikiran secara rasional, memang normal lah kalau baby awak tak pandai nak direct feeding. Tengok saja lah pada saiz badan nya. Kecil! Masih terlalu kecil.
meroyan lepas bersalin
Malah, paru-paru nya pun masih belum cukup kuat untuk menghisap dan melekap pada aereola ibu untuk menyusu.
meroyan lepas bersalin
By right, ianya bukan masalah besar pun kan?
meroyan lepas bersalin
Kita semua tahu yang itu hanyalah keadaan yang sementara. Dia akan pandai sendiri dalam seminggu dua lagi, bila kita selalu praktis.
meroyan lepas bersalin

Ketidaktentuan hormon selepas bersalin

Nak diceritakan episod kemurungan mood aku selama 14 hari tinggal di hospital bersama anak yang pramatang ni, memang entri ni akan jadi panjang berjela la. Sebab mood depression ini bersifat sementara dan bukannya penyakiit klinikal. Faktor yang paling kuat mempengaruhi mood ibu pada ketika ini adalah kecelaruan paras hormon di dalam badan ibu sendiri.
meroyan lepas bersalin
meroyan lepas bersalin
Dipendekkan cerita, prosedur-prosedur diagnosis untuk bayi pramatang ni, sangat banyak! Ada prosedur scan kepala, untuk melihat sama ada dalam kepala bayi tu terdapat darah beku atau tak. Scan perut nak tengok usus ada yang tersumbat tak..
Penyakit Mental Selepas Bersalin
Fuh! Semua tu boleh buat mamy cuak tahu? Otak ni cepat sangat nak berfikiran negatif bila diorang nak ambil anak untuk buat pemeriksaan itu dan ini. 
meroyan lepas bersalin
meroyan lepas bersalin,kemurungan selepas bersalin_kemurungan selepas bersalin | kemurungan selepas bersalin - kemurungan selepas bersalin_-_kemurungan selepas bersalin
meroyan lepas bersalin
Lepastu, ada ujian ROP (Retinopathy of prematurity) untuk cek mata baby, sama ada salur darah dalam mata baby betul-betul dah terbentuk dan bersambung elok atau tak.
meroyan lepas bersalin
Memang tak menyenangkan lah prosedurnya. Tak tahu lah macam mana gayanya diorang paksa sengkang kan kelopak mata baby aku. huu~
meroyan lepas bersalin
Hanya Allah sebaik-baik pelindung.
Postpartum bermaksud waktu selepas bersalin
Akhir sekali, kalau anak korang lahir tak cukup bulan, anak korang perlu buat juga ujian pendengaran. ha yang ni je best. Sebab baby aku hanya diberi dengar lagu..hahaha. Nyaman je tengok bila anak kita tak menangis.


Cuba berkongsi dengan orang terdekat tentang perkara yang korang risaukan

Berbalik pada cerita kemurungan selepas bersalin tadi. Alhamdulillah aku terselamat dari menjadi penyumbang kepada statistik kes wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Doktor mengklasifikasikan serangan anxiety dan kesedihan aku ni sebagai sindrom baby-blues sahaja.
Jenis Masalah Kemurungan Selepas Bersalin
Namun jika sekiranya sindrom baby blues ini berlarutan sehingga lebih daripada 15 hari, katanya dia terpaksa membuat pemeriksaan yang lebih holistik yang berkaitan terapi untuk pospartum depression pula. Syukur lah aku terselamat dari penyakiit mental berat yang dipanggil meroyan ini.
Simptom Kemurungan Selepas Bersalin 
Mujur juga aku mempunyai support system yang baik, jadi dapatlah aku atasi kemurungan pada peringkat awal. Cuma luahkan pada suami, segala kerisauan yang timbul dalam hati, tak kisahlah kalau hal-hal yang kecil sekalipun..cerita semuanya.
gejala Kemurungan Selepas Bersalin 
Bila kita dalam tempoh 12 hari selepas melahirkan anak, memang mental kita agak "ting-tong" sebenarnya. So jangan tanggung sorang-sorang.
Tips Mencegah Meroyan Semasa Berpantang
Suami pula kena lah bijak dalam memberi feedback, dan mejadi pendengar yang baik dan setia. Jangan pula bila isteri mula mengadu, awak pulak sibuk main smartphone. Be an active listener okay. Dan jangan lupa selitkan empati.
Cara Rawatan Untuk Kemurungan Selepas Bersalin
Kedua, aku salurkan stress dan kerisauan melampau aku ini melalui penulisan.
Penulisan aku yang paling panjang adalah mengenai kisah bayi pramatang yang ditulis pada tahun 2013, tahun aku lahirkan Naufal. Menulis juga merupakan terapi untuk divert anxiety dan overthinking kita supaya jadi lebih tenang.

Yang ni psychotherapist, Robin Muskal yang cakap tau! Memang kerja menulis dan mengarang ni sebenarnya merupakan satu terapi juga bagi orang yang menghadapi tekanan mental.

Selain blog annursyuhadah.com ini, aku juga mempunyai blog kedua dima kandungannya aku privatekan daripada tontonan umum.

Kalau nak menulis diari?
Boleh je, tak salah pun. Asalkan menulis dan meluahkan.

Jadi kalau kalian nak jadi orang yang sihat mental, dan terhindar dari kemurungan, banyak-banyakkan lah berkarya dan menulis. Jangan pula plagiat hasil penulisan orang lain, eh itu tidak akan memberi manfaat terhadap kesejahteraan mental okey?

Pesanan terakhir dan terpenting. Kalau kalian nak survive dari gejala kemurungan, perkara yang paling diharamkan adalah, mengasingkan diri dari orang yang terdekat (family). This is really no no for depression person ok. 

Jangan sesekali menjauhkan diri dari orang, kerana itu bakal membawa kalian lebih jauh terjerumus ke dalam keadaan mental yang tidak baik.

Kemurungan selepas bersalin, pospartum depression, meroyan selepas bersalin, tanda meroyan, perlukan ubat depression
Panduan untuk.menjadi pendengar yang baik kepada penanggung masalah psikologi


So, ada masalah sikit, share! Jan pendam, jangan fikir seorang diri.
cara mengatasi stress selepas bersalin
Share dengan mak, suami, adik, kakak, mahupun kucing korang. Share kat fecebook pon boleh. Korang boleh join group Depression Survivors (Malaysia) ni di facebook.

Dalam tu korang boleh share pengalaman korang, apa ketakutan korang, perasaan korang terhadap diri sendiri tanpa risau ditertawakan atau dipandang aneh.

#YouAreNotAlone
#tribute_ChesterBennington
#ClinicalDepression
#suicide

Mamy Syu kata : Kadang orang kita terlalu cepat melabel tanpa mendalami golongan begini. Selfish betul kan kita! Sebab tu saban hari ade je kita dengar berita orang meragut nyawanya sendiri sebab mengalami kemurungan yang teruk. Nasib baik aku tak sampai tahap mencederakan diri sendiri dan anak.


Post a Comment

5 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Yaallah yang membaca pun stress...alhamdulilah kan baby tu dah besar molek dah..syukur sangat..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada support group boleh sama2 bagi semangat dan berkongsi rasa.

    ReplyDelete
  3. Besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.. suami kenalah mainkan peranan untuk isteri tercinta ;)

    ReplyDelete
  4. alahai tengok gambar naufal masa baby meruntun jiwa. alhamdulillah AS dapat atasi segala perasaan lepas bersalin tu dgn baik. suka tgk naufal sekarang. ensem boy

    ReplyDelete
  5. Bila baca dari pengalaman syu ni, ramai orang yang sayang dan support syu. Antara yang perlu kita syukuri. Tak dapat disangkalkan emosi ketika berpantang sangat-sangat rapuh lebih-lebih lagi melihat bayi kita begitu. Kadang-kadang orang yang mengalami deppression ni rasa serba salah untuk berkongsi masalah dengan orang lain dan rasa taknak bebankan orang.

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!