Bagaimana melegakan sakit belakang selepas bersalin | Sakit belakang sememangnya amat sinonim bagi ibu-ibu yang baru bersalin. Bahkan, ada sesetengah ibu, macam Xu sendiri, akan mengalami sakit belakang tu seawal empat bulan kehamilan lagi. Sakit belakang ni biasanya tetap akan terjadi sehingga beberapa bulan selepas korang bersalin biarpun pelbagai ikhtiar korang cuba lakukan untuk mengelakkannya. So ada ke cara berkesan bagi melegakan sakit belakang selepas bersalin ni?
Kenapa kita ibu-ibu ni akan alami sakit belakang?
Masa kita hamil, terdapat suatu hormon yang dikenali sebagai relaxin akan dilepaskan ke dalam badan. Fungsi hormon ini adalah untuk melembutkan sendi dan ligamen di bahagian pinggang dan pelvis sebagai persediaan untuk meregang ketika proses melahirkan anak.
Malangnya, kesan relaxin ini bukanlah bersifat spesifik dan setempat. Kesan "relax" ini akan turut menjejaskan semua sendi lain dalam badan, selain bahagian pelvis.
Akibatnya, sendi korang di bahagian lain pun turut "lembut" dan longgar dan secara tak langsung mendedahkan korang kepada risiko kecederaaan pada sendi dan menjejaskan postur badan.
Akibatnya, sendi korang di bahagian lain pun turut "lembut" dan longgar dan secara tak langsung mendedahkan korang kepada risiko kecederaaan pada sendi dan menjejaskan postur badan.
Bagi korang yang memang ada sejarah sakit belakang biarpun bukan dalam tempoh hamil, risiko mengalami sakit belakang selepas bersalin adalah lebih tinggi berbading ibu-ibu lain. Selain itu, faktor pertambahan berat badan yang mendadak juga turut menyumbang kepada sakit belakang.
Adakah sakit belakang ini bersifat sementara atau selamanya?
Sakit belakang selepas bersalin ni biasanya akan hilang dalam beberapa bulan. Pun begitu ada jugak sesetengah orang yang mengalami masalah sakit belakang ni sampai anak dah mencapai usia setahun!
So, penting bagi korang untuk menjaga kesihatan belakang korang dalam tempoh setahun ini, supaya keadaan tak melarat menjadi lebih teruk. Elak sehabis boleh daripada mengangkat benda-benda berat.
Istilah berat di sini, ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bebanan seberat 5 kg pun sudah dikira berat. So apatahlagi kalau 10 - 15 kg? (Berat badan anak-anak berusia 3-5 tahun)
So, penting bagi korang untuk menjaga kesihatan belakang korang dalam tempoh setahun ini, supaya keadaan tak melarat menjadi lebih teruk. Elak sehabis boleh daripada mengangkat benda-benda berat.
Istilah berat di sini, ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bebanan seberat 5 kg pun sudah dikira berat. So apatahlagi kalau 10 - 15 kg? (Berat badan anak-anak berusia 3-5 tahun)
Apa yang boleh kita buat bagi mengurangkan kesan sakit belakang?
Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan sakit belakang.
1. Senaman.
Senaman lengkungan pelvis: Baring menelentang dengan membengkokkan lutut ke atas. Kemudian tarik nafas panjang dan tekan belakang korang ke lantai sambil melenturkan sedikit bahagian pelvis korang. Cuba tahan selama 10 saat. Ulang semula langkah tadi dalam tempoh kira-kira 5 minit.
Baca juga : 6 manfaat senaman squat ketika hamil
2. Mengamalkan amalan postur yang betul
Andai kata korang perlu mengangkat sesuatu, sentiasa duduk mencangkung terlebih dahulu. Kemudian ketatkan otot abdomen korang dan gunakan kekuatan lutut korang untuk lifting barang tu. Tapi, kena ingat! Masa lifting tu, tulang belkang korang mestilah sentiasa dalam keadaan lurus. Jangan sesekali membongkok.
3. Jangan membebankan bahagian belakang
Cuba untuk tidak berdiri terlalu lama. Bahagian belakang korang perlukan rehat. Paling penting, postur korang semasa menyusukan baby, mestilah betul. Kalau korang menyusukan bay dalam keadaan mebongkok, beerti posisi korang adalah salah! Sepatut nya, rapatkan anak ke badan korang. Bukan badan korang ke anak. Cara simple nya, korang guna lah nursing pillow semasa menyusukan anak. So kedudukan anak akan dirtinggikan dari paras riba, dan korang tak perlu membongkok.
4. Dapatkan bantuan pakar
Jika korang alami kesakitan yang tidak berkurang atau makin teruk, berhubung segera dengan pakar penjagaan kesihatan. Dapatkan kepastian pakar tentang penjagaan kesihatan fisio korang. Selain tu, keadaan kebas-kebas juga merupakan satu tanda yang tak baik. Sekiranya perlu mengurut, sila berjumpa kiropraktor untuk mendapatkan khidmatnya.
5. Dapatkan batuan ubat sapuan eksternal
Ada bermacam pilihan ubat-ubatan tradisional, minyak angin berubat, dan linimen panas yang memberi kesan soothing pada bahagian yang bermasalah. Biarpun pada hakikatnya ia tidak menyembuh atau menghilangkan sakit belakang, namun kesan kelegaan setempat yang dapat dirasai itu sekurang-kurangnya dapat memberikan kita peluang untuk berehat dan tidur yang berkualiti itu pun dah memadai. Xu cadangkan korang cuba Biobax; fast relief spray ni untuk sakit belakang korang. Masa mengandung pun boleh guna, takde masalah.
Dan special untuk pembaca blog Xu, korang boleh dapatkan BIOBAX ini di Shopee dengan potongan harga RM20. Gunakan kod voucher "NASCXU20" semasa checkout di kedai tersebut. Tawaran terhad okey. So cepat-cepat klik SINI untuk menebus voucher Shopee tersebut.
Dan special untuk pembaca blog Xu, korang boleh dapatkan BIOBAX ini di Shopee dengan potongan harga RM20. Gunakan kod voucher "NASCXU20" semasa checkout di kedai tersebut. Tawaran terhad okey. So cepat-cepat klik SINI untuk menebus voucher Shopee tersebut.
MAMY XU KATA : Paling penting, lepas bersalin nanti, korang jangan nak tertekan or stres sangat okey? Dapatkan bantuan dari keluarga; suami atau ibu bapa. Jangan hadap kemurungan seorang diri dalam bilik tau. Ha, Mr Asben tu, please lah ringan-ringankan tulang, bantu buat kerja rumah. Kalau poket lebat sikit, korang hire lah postnatal care service a.k.a bidan moden untuk sebulan. haha..kata sayang bini!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Bagus info ni Annur..2 in 1 gitu..hehe...Boleh dipraktikkan utk ibu2 yg mengalami sakit blkg...
ReplyDeleteBetul..saya dua2 kali bersin kena epiduram...mmg terasa sgt la kesan dia tu...dengan kdg2 dukung anak lgi kan...mnysu kdg2 posture bdan x betul lg
ReplyDeletekalau tak bersalin, macam mana nak hilangkan sakit belakang nie.. kenkadang sakit dia berdenyut denyut...
ReplyDeleteInfo ni elok utk akak yg tgh pantang ni..tq AS
ReplyDeletebagus untuk bacaan, atleast boleh faham serba sedikit tentang ibu mengandung. :)
ReplyDeleteRindunya experience mengandung, bersalin, berpantang..dh lupa cane sakitnya bersalin...bagus info ni...good sharing
ReplyDeleteBagus info Annur nih...memg nak juga Biobax sbb blakang kerap skit kesan czer dlu
ReplyDeleteBagus info ini....boleh rujuk blog sis ni klau Acik sakit belakang
ReplyDeleteWaktu ngandung..memang xleh lari sakit belakang
ReplyDeleteooo info yg bagus. tapi nisa belum kawin lagi, so simpan dulu info ni hehe
ReplyDeleteIni peranan penting suami juga bagi pendapat saya yang masih bujang. Suami kena banyak bantu isteri kalau sakit belakang tolong urutkan ker atau tolong bantu ringankan kerja harian isteri ok tak...
ReplyDeleteSis lepas bersalin anak pertama 24 tahun dulu..mmg sakit pinggang...tak hilang sampailah sekarang. Mcm2 buat dah still mcm tu jugak..huhuhu
ReplyDeleteInfo yang baik. Harap boleh membantu ibu-ibu dan bakal ibu-ibu.
ReplyDeleteRupanya boleh sakit belakang lepas bersalin.. Maaf saya tak tahu. huhu.. Bagus info ni boleh la jadi rujukan saya sebagai persediaan menjadi suami :)
ReplyDeleteAda yang gunakan Premium Beautiful Corset untuk merawat masalah sakit belakang sebegini dan alhamdulilah, positif kesannya.
ReplyDeleteTQ for sharing!
ReplyDeleteI will share this to my just gave birth bff!
she also having some backache some time!