Bio-Life Calcium Magnesium Plus–Kurangkan cramp semasa mengandung

Māmy Syu
2
Cara atasi kejang kaki
Ikhtiar mengurangkan kekejangan otot semasa mengandung dengan Bio-Life Calcium Magnesium Plus | Tablet calcium dari jenama Bio-Life ni aku dah amalkan sejak aku mengandungkan anak sulung lagi. 

Seawal 20 minggu kehamilan lagi aku dah start makan supplement Bio-Life Calcium Magnesium Plus ni. Antara sebab aku pilih brand Bio-Life adalah sebab jenis sebatian kalsium dia yang lebih "mesra" tubuh, dan rendah risiko mendapat batu karang.

cara hilangkan lenguh kaki ketika hamil,punca kaki kejang semasa tidur,kejang labu betis,cramp perut semasa mengandung
BIO-LIFE CALCIUM MAGNESIUM PLUS 1000mg ± RRP 35.90
cramp perut semasa mengandung
Nama sediaan :
  - Bio-Life Calcium Magnesium Plus
cara hilangkan lenguh kaki ketika hamil, 
Kekuatan :
  - 1000mg
punca kaki kejang semasa tidur,
Dos :
  - 1 biji, tiga kali sehari
kejang labu betis,
Bentuk sediaan : Tablet licin

  - Kalsium dalam bentuk sebatian kalsium sitrat (calcium citrate).

  - Kajian menunjukkan sebatian kalsium sitrat mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk sebatian kalsium yang lain.

  - Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan mudah disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

Kandungan :
  - Calcium citrate, magnesium oxide, zinc gluconate, vitamin D (cholecalciferol), manganese amino acid chelate
  - Tablet ini bebas gula, yis, dan gluten.

Nota :
  - Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun (US RDA)


Serasi dengan Bio-Life

Alhamdulillah, sekarang dah nak masuk 6 bulan dah aku mengandung tapi belum pernah satu malam pun kaki aku cramp lagi. 
cara nak elak kejang dan lenguh kaki
Ada sesetengah region, menyebut fenomena cramp atau kekejangan ni dengan nama lain, contohnya ada yang panggil simpul biawak, tarik mengkarung dan 'setok' mengkarung (Baca: setok sebagai sentak).

Biar apa pun sebutannya, yang penting fenomena kejang ni memang sangat-sangat menyakitkan dan boleh menjejaskan aktiviti harian.


So apa pentingnya kalsium pada kita?

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan ketumpatan tulang, menguatkan gigi, serta mencegah osteoporosis (tulang reput).

Suplemen kalsium ini kebanyakannya hadir dalam bentuk kombinasi. Contohnya macam jenama Bio-Life ni. Dalam sebiji tablet sudah ada dua jenis nutrisi tambahan iaitu kalsium dan magnesium.

Jadi, dalam memilih supplement kalsium, korang harus berhati-hati. Jangan sampai tersalah beli. Sebab di pasaran, ada juga supplement dengan kandungan Magnesium semata.
lenguh kaki ketika awal kehamilan

Kepentingan kalsium bagi ibu mengandung

-Kalsium-Magnesium elak kekejangan berlaku pada ibu mengandung 
simpul biawak in english-cramp
-Keperluan Kalsium meningkat kepada 1200mg sewaktu mengandung! 

-Kajian menunjukkan bahawa fetus mengambil 13mg kalsium/jam dari darah si ibu! Bersamaan dengan 250mg - 300 mg kalsium sehari!

-Kalsium menggalakkan otot untuk bekerja, manakala Magnesium merehatkan otot. Otot yang relaks akan mengurangkan rasa sakit.

-Magnesium juga mengawal & menyeimbangkan insulin dan paras gula di dalam darah, serta membantu penghasilan tulang dan gigi yang kuat.

-Kekurangan Kalsium-Magnesium yang melampau sewaktu mengandung boleh menyumbang kepada pre-eclampsia dan masalah sewaktu kelahiran.

-Magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid (PMS), membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.
simpul biawak ketika mengandung

Fungsi lain kalsium

-Kalsium dalam aliran darah adalah dalam bentuk ion bebas.

-Ia berfungsi sebagai faktor "pembawa" nutrien merentasi membran sel. 

-Kalsium juga memainkan peranan dalam penghantaran maklumat saraf, gerakbalas pembekuan darah dan mekanisma pengecutan otot terutamanya otot jantung.


Kalsium dari sumber diet harian

Walaupun orang kata zat dari sumber asli tu lebih baik, tapi bila kita mengandung, keperluan kalsium kita meningkat berkali ganda. 

Yer, memang kalsium boleh didapati melalui diet harian, tapi jumlah keperluan badan untuk sehari tu adalah sangat susah nak dicapai. 

Mungkin korang kena minum bergelas-gelas susu segar atau berpaket-paket keju dari pagi sampai lah ke malam haha. So di sinilah di mana supplement diperlukan.

Wishing you a happy journey of pregnancy! ^_^

Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Kalau tgk ingredients dia mama Rasa mmg boleh kurangkan cramp masa ngandung tapi ikut keserasiaan juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut badan masing masing actually. But it works wonder for me. Atas izin Allah juga, selesai masalah kejang kaki Xu.

      Delete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!