Perancangan keluarga. Kenapa semakin ramai wanita yang menolaknya?

Māmy Syu
11
Kepentingan program perancangan keluarga | Sebab apa ek sekarang ni makin menjadi-jadi dakyah dan mitos pasal perancangan keluarga ni tersebar di SocMed. (baca: Social media) Setakat yang aku nampak, punca utama ramai wanita ambil keputusan untuk tak menjalani rawatan sebenarnya cuma kerana percayakan mitos dan misconception pasal kaedah perancangan keluarga jer . Bila misconception tu dah tersebar dan diserap masyarakat, alahai susah lah kalau kita nak reverse balik. Jenuh berbuih mulut nurse dan doktor bagi nasihat, tapi sekupang pon diorang takkan terima.
Bilakah masa yang sesuai bagi seorang wanita untuk hamil semula selepas menjalani pembedahan Ceserean?

Kaedah perancangan keluarga menurut syarie'

Ramai jugak isteri-isteri yang takmau merancang keluarga atas alasan suami tak izinkan. Tapi ketahuilah isteri-isteri sekalian. Kalau korang ada sebab perubatan yang kukuh, korang berhak dari segi syara' untuk merancang tanpa izin suami. Maqasid syariah meletakkan agama dan nyawa pada tahap tertinggi. 



Dalam perkara yang mengancam agama dan nyawa, korang tak perlukan izin sesiapa untuk bertindak. Katakanlah rumah korang terbakar, tapi suami pulak takde di rumah masa tu. Korang nak tunggu suami korang jawab telefon dulu ke, untuk beri izin korang lari keluar dari rumah? Same goes to family planning. Kalau nyawa korang terancam atas faktor perubatan, so ia juga dikira darurat.


Kisah tauladan berkenaan pentingnya perancangan keluarga

Jom baca kisah pengalaman peribadi yang dikongsikan oleh Kak Ros ni. Biarpun dalam kes kak Ros ni, tiada faktor nyawa terancam dari segi medical, tapi ianya elok buat tatapan dan tauladan isteri-isteri dan suami-suami yang budiman di luar sana, supaya tidak menzalimi isteri dan anak-anak dari segi sisio-ekonomi dan emosional.


Kak Ros merupakan seorang surirumah yang berumur 35 tahun, dan mempunyai 8 orang anak yang berjarak setahun seorang. Ketika kak Ros bersalinkan anak ke-4, suami kak Ros menyuruhnya berhenti kerja, memandangkan kak Ros didapati mengandung lagi hanya selepas anak ke-4 nya berusia 3 bulan.

Oh, sebelum terlupa, kak Ros ni sebenarnya merupakan graduan Ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan, dan sebelum ni dia berkerja di bawah sebuah firma swasta di bandar Seremban. Disebabkan kekangan kewangan, mereka suami isteri tak lagi mampu untuk menanggung kos upah pengasuh untuk empat orang anak sekali gus. Jadi di situlah bermulanya kehidupan kak Ros sebagai surirumah sepenuh masa.

Bila kak Ros tak lagi berkerja, maka automatik segala tanggungjawab menguruskan anak dan rumahtangga 100% diletakkan atas panggunya. Bukan tak pernah mengadu, letih dan menyuarakan niat nak menjarakkan anak pada suami, tapi sikap ego suaminya membuatkan segala kata-kata kak Ros diabaikan begitu sahaja. Dia dilarang suami untuk merancang keluarga, namun suaminya tak juga membantu kerja rumahtangga mahupun kerja mendidik anak.

Sewaktu dia mengandung anak ke-9, suaminya dah mula buat perangai dan pandai bermain perempuan. Selepas je kak Ros melahirkan, suaminya tak muncul-muncul menjemputnya biarpun dah 2 hari di discaj dari wad. Rupanya si suami dah pun nekad tinggalkan kak Ros semasa kak Ros masih lagi bertarung nyawa melahirkan zuriatnya di hospital untuk pergi bersama dengan perempuan lain. Kami kakitangan hospital hanya mampu menghulurkan rasa simpati dan nasihat je la supaya dia terus bersabar dan tabah menempuh semua ni.

Kesian. Taat pada suami hingga membelakangi jiwa sendiri, dan akhirnya memakan diri. Bukan saja diri merana, anak-anak pun kini terbiar tak berbapa. Suami yang konon dulunya beriya tak izinkan merancang akhirnya memberi lesen 'merancang-seumur-hidup' buatnya iaitu lafaz talaq. For sure lah! Dah dapat yang baru dan bergetah, yang lama ditinggalkan buntang.

Tengokkan wajah kak Ros pun, memang nampak 20 tahun lebih tua dari usia sebenar dia. Jelas sangat terpantul kelelahan dia melalui air mukanya yang nampak lebih berusia dari wanita lain yang seusia dengannya, iaitu 35 tahun. 

End~


Annur nak bebel

Mommies daddies sekalian. Please bear in mind. Merancang keluarga ni adalah tanggungjawab bersama laki bini. Bincang. Nak anak ramai atau nak anak sikit ke, still perlu merancang jugak wey. Kalau nak anak ramai, jadi kena la rancang pelaburan tenaga dan kewangan yang lebih. Tak boleh lah setakat jadi penderma sperma je. Berdosa bang kalau menzalimi hak isteri dan anak-anak. Hidup yang kekal abadi, adalah di akhirat sana. Dan aset kekal bagi kita ibu bapa adalah doa anak-anak yang soleh dan solehah.

Jom! From now on, kita ikhitiar untuk tingkatkan kualiti. Bukan mengejar kuantiti semata-mata. Anak yang sedia ada tu perlu diutamakan. Keperluan mental, material, dan kerohanian diorang dah cukup seimbang ke kita bagi?

Post a Comment

11 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Setuju dengan apa yang Annur tulis ni. Ingat nak beranak je ke kejenya kan.hehe. memang tjawab laki bini lah benda ni. Nyawa dan kesihatan kena jaga juga

    ReplyDelete
  2. Betul...
    I'll go for quality instead of quantity..
    Islam tu indahlah..yg suka sangat jadi penunggang agama dengan hujah nk ramaikan umat Muhammad...tpi quality ke laut sangat

    ReplyDelete
  3. yes its important to plan! not just as a family but financially too! hehe

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  4. Kesiannya baca cerita kak ros. Pada usia 35 anak dah 8...huhu. Hebat wanita tu. Pada akak perlu ada juga konsep merancang keluarga ni memandangkas kos hidup yg semakin menghimpit...biarlah sedikit asalkan berkualiti dan kita sebagai ibu bapa dapat beri perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan statement tingkatkan kualiti!
    Ramai kata anak itu rezeki, insyaAllah ada rezeki untuk membesarkan dia. Tapi mohon agar menzalimi masa depan anak-anak apabila kita tidak mampu menyediakan yang terbaik untuk mereka dek kerana anak yang terlampau ramai. Lagi-lagi zaman sekarang di mana semuanya memerlukan kos yang besar - maka adakah kita sanggup menidakkan hak anak-anak kita untuk penjagaan yang rapi, kemudahan yang terbaik dan pendidikan yang elok? Masa depan mereka bergantung kepada kualiti kehidupan yang kita sediakan untuk mereka.

    Eh. Panjang pula komen. Thanks sebab menulis pasal kualiti berkeluarga.

    ReplyDelete
  6. setuju. mcm akk dulu kena rancang sb czer. tp, terlepas jugak. akhirnya, ada 3 anak dah. dan, doktor arahkan utk ikat. xpe lah, rezeki 3 anak je. syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Bagus entry ni..sis tgok kbykkan org2 kurang berkemampuan tu anak punyalah ramai..lps tu x terjaga..kesian bebudak.
    Tak tahulah nape depa degil sgt x nk merancang

    ReplyDelete
  8. memang anak rezeki.. masa anak2 kecik mmg kita rasa.. tp dah anak2 besar senang la kan.. ekonomi skrg pun rasa tak stabil kan..

    ReplyDelete
  9. semuanya kena plan.. ada yg nak anak rapat2 jadi bila dah lama sikit tak payah beranak dah.. ada yang langsung takde plan..ikut je rezeki katanya.. pada saya eloklah merancang sebab kemampuan di zaman ni tak sama macam dulu.. kalau jatuh sakit pun dah perlu banyak duit..

    ReplyDelete
  10. Wajib merancang demi kesihatan... Bukan takut kemiskinan... Cuma kalau dh merancang tapi lekat juga itu mmg rezeki...

    ReplyDelete
  11. Merancang keluarga ni bagus juga. Dapat bonding dengan anak2 kan...best into Syue 😘

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!