Skincare Routine Untuk Awet Muda yang Melambatkan Penuaan

Māmy Syu
19
Penggunaan wrinkle cream, anti-aging serum, dan esen caffein di bawah mata sememangnya boleh membantu untuk melambatkan proses penuaan. Tapi, langkah penjagaan kulit untuk melambatkan penuaan yang paling efektif adalah dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik. 
cara pakai toner
Good skincare routine ni perlu ada pada semua orang terutama bagi korang yang mementingkan penampilan wajah.

Cara pakai toner untuk hilangkan kedutan penuaan
Nampak gambar kat atas ni? Ni semua adalah nama garis kedutan yang akan
muncul abila seseorang semakin berusia.

So kenapa kita perlukan healthy skincare routine?


1. Boleh bantu pudarkan atau cegah masalah pigmentasi pada kulit macam jeragat (freckles)

2. Melambatkan penuaan dengan cara mengekalkan keremajaan kulit. 

3. Mengurangkan masalah kedutan dan garis2 halus di muka. 

4. Membuatkan tona kulit lebih cerah dan sekata.

5. Mengurangkan risiko kanser kulit



Kajian pakar di American Academy of Dermatology 


Pakar kulit dah buat bermacam-macam kajian untuk come out dengan sebuah rumusan tentang antiaging ni. 

Akhirnya, diorang merumuskan bahawa terdapat rutin penjagaan kulit yang berkesan menentang penuaan awal pada kulit. 

So apa dia yang pakar-pakar kat American Academy of Dermatology dah rumuskan tentang good skincare habits ni? Nak tau tak? 

Ok jom kita scroll satu-satu.


Rutin penjagaan kulit paling asas yang boleh melambatkan penuaan


1. Sun protection
(Perlindungan dari selaran matahari)

Pernah dengar tentang photoaging? Terlalu banyak dah kajian yang membuktikan bahawa sinar UV boleh mempercepatkan proses penuaan. 

Dan itulah yang dipanggil photoaging. 

Jadi, kalau kalian nak pelihara kulit kalian dari penuaan awal, kenalah amalkan tabiat menggunakan sunscreen sebelum buat apa-apa aktiviti outdoor yang boleh membuatkan kulit terdedah pada cahaya matahari.

Protect kulit kalian dari pancaran sinar matahari terutamanya dari pukul 10 pagi hingga ke jam 2 petang. 

Nak senang, kalian tengok je bayang-bayang diri sendiri. Kalau bayang-bayang kita lebih pendek dari kita, maka selagi itulah kita patut elak dari terkena pancaran matahari sebab masa ni, kuasa selaran UV adalah sangat tinggi.

Kalau dalam tempoh tu terpaksa keluar juga jemput anak dari sekolah misalnya, kalian pakai la baju lengan panjang, topi dan sarung tangan. Pakai juga sunglasess untuk mengelakkan terbentuknya fine lines sekitar mata dan strob cahaya masuk ke retina mata.


2. Forget about indoor tanning

Rasanya orang Asia tak minat kot dengan tanning ni. Sebab macam kita kat Malaysia pun, mana ada yang nak menggelapkan kulit kan hahaha. Obses nak putih mulus lagi ada lah. Tapi kalau ada yang ada niat nak tan kan kulit, baik korang lupakan. It makes you age faster.


3. Moisturise
(Gunakan pelembap setiap hari)

Semakin kita berusia, kulit semakin kering dan mudah kedut. So rajin-rajin lah pakai moisturizers.

Bukan kat muka je, tapi kulit seluruh badan jugak. Tak ketinggalan, lembabkan jugak bibir juga dengan lipbalm.

Sebab bibir bahagian atas adalah area yang paling obvious nampak kesan penuaan nya, selain kawasan kelopak mata.


4. Cuci muka dan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Gunakan pencuci yang mild dan lembut. Cuci dengan menggunakan air suam, untuk pembersihan yang lebih mendalam dan menyeluruh dan elakkan scrubbing dengan kuat.

Baca juga : Pelajari Teknik Double Cleansing Ala Korea

5. Quit smoking
(Berhenti amalan merokok)

Obviously lah kan. Apa je lah manfaat yang datang dari rokok ni kan?

None! Betul tak?

Selain memudaratkan kesihatan, merokok jugak akan membuatkan kulit kalian cepat kerepot dan air muka jadi kasar.

Bahasa mudahnya, kalau perempuan merokok, raut mukanya nampak macam pondan. Keayuan raut wajah tu akan hilang. 


6. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Badan kita akan dibaikpulih semasa tidur. Kolagen biasanya terhasil dengan banyak sewaktu kita tidur.


7. Makan makanan yang seimbang dan sihat.

Lebihkan memakan buah-buahan, sayur dan ulam segar. Ambil asid lemak yang baik macam Omega-3, yang boleh didapati dari sumber ikan seperti salmon.

Kesimpulan

Kamurang yang seller produk kecantikan online tu. Kalau customer asyik complaint je yang produk kamu tak efektif, padahal kamu dah guna dan yakin produk tu elok haa ada baiknya lepas-lepas ni, bila ada prospek yang ingin membeli produk kecantikan dari kamu, kamu jangan lupa nasihatkan mereka untuk amalkan rutin penjagaan kulit atau healthy skincare routine ni.

Secara teknikalnya ia akan membantu pemulihan kulit dan pastinya kulit customer kamu akan lebih baik dan sihat. InsyaAllah feedback positive yang akan kamu dapat.
cara pakai toner Safi
So sekarang dah tahu apa tu healthy skincare routine, jangan lah peram sorang-sorang ye. 
cara pakai toner shurah
Pakat-pakat share la artikel ni pada kawan korang, mana yang merupakan agen produk kecantikan tu.
cara pakai toner AHC 
Mana tahu ianya bermanfaat dan boleh tolong diorang menjual dengan lebih bijak sekaligus meningkatkan sales. Haa?


Awas! 9 Tabiat Penyebab Penuaan Awal

Selain yang dinyatakan dibawah, sebenarnya ada banyak lagi penyebab anda menghadapi penuaan pra-matang jadi elakkan dan banyakkan pemakanan sihat dan ceriakan kehidupan kalian biarpun dunia ini tidak seindah syurga. just live your life to the fullest! Barulah kekal muda dan awet muda!

1. Duduk Pasif Lebih 8 Jam/hari

Secara fisiologi, mungkin kalian muda, tapi bagi mereka yang amalkan gaya hidup kurang aktif dan hanya duduk sahaja melebihi lapan jam sehari, secara biologinya kalian lapan tahun lebih tua daripada usia sebenar. Menurut penyelidik, duduk berpanjangan mengakibatkan pemendekan kromosom, lalu membawa kepada penuaan awal dan beberapa penyakit. Oleh itu, kalian disyorkan bersenamsekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan bangun daripada duduk setiap 30 minit.


2. Diet Tinggi Kandungan Daging Merah

Diet yang teruk bakal mengurangkan kadar kolagen, tambahan pula sekiranya kalian mengelak makanan tinggi antioksida seperti sayuran dan buah-buahan. Kajian menunjukkan makan terlalu banyak daging merah dan kurang pengambilan air serta buahan dan sayuran boleh meningkatkan usia biologi seseorang. Ia berlaku berikutan kenaikan mendadak serum fostat dalam darah. Lebih teruk lagi, ia boleh menjadi punca kerosakan buah pinggang kronik. 

3. Tukar Diet secara Drastik dan Kerap

Tabiat suka menukar diet turut menyumbang penuaan kerana tubuh tidak sempat untuk adapt. Perubahan jangka pendek dalam tabiat makan dan aktiviti senaman boleh menyebabkan kehilangan kekuatan otot dan tulang. Hasilnya, kalian boleh mengalami penuaan lebih awal dan menghadapi kesukaran dalam pergerakan sendi otot. 

4. Tiada Teman Rapat

Ternyata mengabaikan persahabatan dan rangkaian sosial anda boleh membawa kepada masalah kesihatan dan penuaan yang lebih cepat. Kesepian adalah antara faktor risiko yang meningkatkan peluang kematian. Juga, kesan perasaan kesepian boleh dibandingkan dengan orang yang merokok. Kesan seperti ini boleh dilihat pada individu yang tidak mempunyai kawan. Ia juga menyumbang kepada pengurangan aktiviti fizikal yang sangat penting untuk kesihatan.

5. Kurang Pelindungan UV

Penuaan dan kerosakan kulit 90% nya adalah disebabkan oleh sinar UV. Ultra Violet dan blueray dari skrin juga menjadi penyumbang kepada penuaan kulit. Kita tak mungkin dapat mengelak daripada pancaran matahari dalam seharian hidup kita, namun kita boleh kekal berdisiplin dalam penggunaan pelindung UV dengan SPF50, dan jangan lupa untu reapply apabila sudah berpeluh.

6. Pengambilan Gula Secara Berlebihan 

Apabila gula dalam darah terlalu tinggi, ia akan bertindak balas dengan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kusam (dull skin) dan tak bermaya. Pemakanan yang tinggi kandungan gula membawa kepada tekanan oksidatif yang boleh menjadi punca utama penuaan awal.

7. Kurang Penggambilan Air Putih

Seperti yang kita tahu kekurangan air boleh menyebabkan kulit, rambut dan kuku menajdi kering dan berkedut. Maka untuk mengekalkan kulit muda remaja, kalian perlu mengambil air pada jumlah yang bersesuaian mengikut berat badan. Menurut doktor perubatan, bagi setiap 25kg berat badan, memerlukan 1 liter air sehari. Maka sekiranya berat badan kalian 75 kg, maka perlua minum sebanyak 3liter air kosong sehari. Tidak boleh kurang!

8. Tabiat Merokok dan Alkohol

Kandungan nikotina dalam tembakau akan mengganggu serta memperlahankan peredaran darah ke muka, jadi mereka yang merokok harus mula berfikir untuk berhenti. Pengambilan alkohol akan menyebabkan kulit mengalami dehidrasi, menjadi terlalu kering seterusnya menimbulkan garis-garis halus pada kulit.


9. Posisi Tidur Mengereng Sisi

Tidur secara menelentang dikatakan boleh mengelak kulit muka daripada kendur berbanding dengan tidur dalam posisi mengereng ke sisi. ini disebabkan oleh tindakan dari daya tarikan graviti. Mungkin ada logiknya namun tidak semua orang boleh lie on their back sebab risiko sesak nafas atau snoring.




#tipscantik #jeragat #jerawat #antiaging #kulitgebu #kulitcantik #aesthetic #supplementkulit #healthyskin#dermatology #dermatologytalk #beautytips #beautytalk #antiagingtips #antiaging #sunblock #pigmentasi#skinhealth #healthyskintips #tipscantik

Post a Comment

19 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. bagus panduan ni.. terima kasih kongsi info :)

    ReplyDelete
  2. Ramai orang suka lupa pakai sun protection dengan pelembap kan? ni asas penting kena buat

    ReplyDelete
  3. Panduan penjagaan kulit yang perlu dititikberatkan untuk elak kulit nampak tua

    ReplyDelete
  4. Hi, saya datang singgah follow sini.. bagus info ni.. thanks share :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing...
    Lagi satu nk kulit lawa..kena mnum air seckupnya...sebab ni paling basic..kalau tak mmg kulit akan cepat kering

    ReplyDelete
  6. thanks share tips ni...rutin penjagaan kulit sememangnya penting dan pertlu dititikberatkan oleh sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan..kalau boleh tak nak la tua sebelum usia kan

    ReplyDelete
  7. Cara penjagaan muka , cara pemilihan produk amat penting untuk kita kelihatan lebih muda pada usia yg sebenar

    ReplyDelete
  8. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang melambatkan penuaan. Wahai wanita sekalian, stop risau, stress dan rosakkan diri anda. Kerana anda berhak untuk enjoy kehidupan. Walaupun banyak hutang, banyak tanggungjawab. Plan balik semula agar anda boleh happy bersama orang yang dikasihi. Boleh tengok anak-anak membesar.

    ReplyDelete
  9. petua nak lambatkan penuaan di wajah kita adalah dengan senaman senyum setiap masa.. try la kompom pipi akan tegang dan awet muda tau.. takmo stress sbb stress tu salah satu punca mempercepatkan proses penuaan..

    ReplyDelete
  10. tak cukup tidur cepat je naik mata panda. risau juga naik kedut kat mata ni. so memang kena jaga waktu tido dan pemakanan. Bagus tips2 ni.

    ReplyDelete
  11. Tq AS for sharing. Mesti kena amalkan ni utk awet muda😊

    ReplyDelete
  12. Saya pun baru start pakai sunscreen. Kalau tak mmg buat xtahu je

    ReplyDelete
  13. Anonymous22:22

    Kak galakkan ajar anak-anak gadis rutin penjagaan wajah agar sentiasa wajah nampak segar

    ReplyDelete
  14. Bagus perkongsian ini. Semakin mningkat umur jgn sesekali lupakan soal penjagaan kulit muka

    ReplyDelete
  15. Memang amalkan semua tips yg di atas, umur dah meningkat ni memang kena jaga kulit ni supaya lambat kedut2..hehehe..supplement pun kena rajin ambik, produk penjagaan wajah pun kena yg sesuai dgn kulit

    ReplyDelete
  16. Tips yang bagus tapi kan no 6 ngan no 7 tuh payah nau nak buat..hehe

    ReplyDelete
  17. penjagaan kulit wajah memang banyak kena pakai. kadang2 rasa tak terpakai. kadang2 mim alif lam sim sungguh, tapi kalau nak cantik kenalah buat semua tu kan? hehe

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!