Cara Latih Anak Gosok Gigi Sejak Bayi

Māmy Syu
1
Cara latih anak gosok gigi sejak bayi 
Mamy Syu ada sedikit panduan yang ingin dikongsikan buat ibu-ibu bagi melatih anak gosok gigi sejak bayi supaya kelak diorang tak liat nak gosok gigi bila dah besar. Perkongsian ni adalah berdasarkan pengalaman ma I melatih kami enam beradik supaya "melekat" dengan rutin amalan memberus gigi setiap kali mandi sejak kecil lagi. So Mamy Syu cedok ilmu dari pengalaman Mama dan apply ke atas anak sendiri.

Cara Latih Anak Berus Gigi Sejak Bayi

Cara latih anak gosok gigi sejak bayi, Cara latih anak gosok gigi sejak bayi, gosok gigi anak seawal usia 3 bulan, tips penjagaan oral kanak-kanak, kesihatan pergigian
Naufal suka gosok gigi

Memberus Gigi Bayi : Bagaimana Memulakannya?

Yup, Mamy tahu. Memang masa ni gigi baby kita tu masih sangat kecil dan tak berapa banyak permukaan yang boleh digosok. Yela, sekitar umur baby 3 bulan ni biasanya gigi diorang nampak macam sebutir beras je kan. Berikut merupakan beberapa cara mudah nak latih anak menggosok gigi.


1. Biasakan gosok gigi anak seawal gigi pertama keluar menembusi gusi.
Mommies jangan serabut kepala, sebab kita bukan nak gosok gigi baby tu sangat. Tapi matlamat utama kita pada peringkat ni adalah cuma nak membiasakan baby dengan rutin menggosok gigi. Amalkan dua kali sehari pagi dan petang. Tapi! Pastikan mommies maintain pada waktu dan jam yang sama setiap hari, supaya baby mudah familiar dengan rutin ni.


2. Dapatkan posisi yang paling selesa dan ideal
Sebenarnya posisi ni, korang boleh eksperimen sendiri. Tapi setakat ni, bagi Mamy, posisi yang paling selesa untuk aku ngan baby adalah dengan dudukkan baby atas riba dalam keadaan baby membelakangi kita. Sokong dagu dia dengan tapak tangan dan ibu jari kiri, manakala jari telunjuk  menarik bibir baby menjuih keluar. Gunakan tangan kanan untuk menggosok gigi baby.

Aku biasa gunakan kain muslin atau cheese cloth untuk gosok gigi baby aku. Kalau korang takde simpan kain muslin di rumah, korang boleh jugak gunakan kain lampin / napkin baby yang baru sebagai material untuk gosok gigi anak korang. Oh ya, bagi baby yang masih belum boleh duduk, letakkan bayi berbaring atas ribaan.


3. Material untuk menggosok gigi
Macam yang Mamy cakap tadi, material untuk menggosok gigi baby pada peringkat awal ni adalah lebih ideal kalau menggunakan fabrik jenis muslin. Kalau takde, boleh je kalau nak gunakan kain napkin bayi yang baru.(belum dikenakan sebagai lampin) untuk dijadikan material untuk menggosok gigi anak. Tekstur kain napkin tu hampir-hampir sama dengan kain muslin walaupun bukanlah 100% sama, sebab kain muslin, jalinan benangnya lebih rapat dan lembut sikit berbanding napkin. Caranya begini. 

Moms balutkan kain napkin lembap pada hujung jari telunjuk dan juga ibu jari. Calitkan sikit ubat gigi khas untuk bayi pada permukaan napkin yang ada pada ibu jari mommies tu dan cubit gigi baby korang dengan kedua-dua jari dan mula lah menggosok dengan gerakan membulat seperti menggentel. Masa menggosok tu, mommies bercakap-cakaplah dengan baby, yang kita sedang membersihkan gigi dari kotoran. Supaya gigi cantik, dan akan membuatkan dia nampak comel, dan sebagainya. Walaupun diorang still lagi baby, tapi diorang boleh faham apa yang kita cakap. So selit lah jugak dengan pujian sebagai penggalak.

4. Persediaan mental
Jangan tak tahu. Pakar perkembangan kanak-kanak dah pun sahkan bahawa, baby boleh memahami kata-kata orang dewasa walaupun diorang masih belum pandai bercakap. So setiap kali mommies nak memulakan sesi menggosok gigi, bercakaplah dengan baby korang tu. Paling penting, mintak izin dulu sebelum mommies nak kelebek dalam mulut baby tu. Terangkan pada baby, apa yang mommies nak buat, untuk apa dan mengapa; supaya diorang lebih bersedia dan rela. Jangan tanya kenapa, tapi begitulah adab yang diajar islam. Menghormati setiap manusia tak kira peringkat umur. 

Nota: Saje lah nak #throwback. Ahaks! Anak Mamy dilahirkan tak cukup bulan tapi sangat aktif dan kakinya gagah menendang-nendang. Masa budak Naufal ni perlukan suntikan usia sebulan, Mamy rasa bimbang disebabkan tubuhnya sangat kecil, dan isi dan lemaknya terlalu nipis masa tu. Takut kalau dia meronta-ronta sampai jarum secara tak sengaja tercucuk sampai ke tulang ~ohh.

Jadi Mamy tanya pendapat seorang ustaz melalui facebook, beliau memesan agar sebelum pergi ke klinik, duduk berdua dalam bilik dengan baby dan bercakap apa yang akan dia lalui pada hari tersebut. Minta kebenarannya, dan tenangkannya. Alhamdulillah sampai suntikan usia 18bulan sekarang, anak Mamy tak pernah sekali pun mengamuk dan meronta-ronta di klinik. Anak memberikan kerjasama yang sangat baik. Menangis pun kejap je. Itu psikologi.

5. Pendidikan Melalui Tauladan
Bila baby dah berusia 6-8 bulan, dan boleh duduk sendiri di dalam besen mandian, atau berdiri dengan berpaut pada sesuatu. So masa tu mommies boleh berikan sebatang berus gigi di tangan anak, sambil kita jadi model memberus gigi di depan diorang. Tunjukkan yang menggosok gigi adalah aktiviti yang menyeronokkan. Mommies pun, selit-selitkan lah nyanyian, sambil joget-joget sikit..haha. Barulah fun


6. Sokongan Moral dan Galakan Dalam Pelbagai Bentuk
Mommies bagi lah pujian dan tepukan setiap kali anak tu selesai menggosok gigi. Hadiahkan ciuman, pelukan dan senda gurauan sebagai ganjaran. Tapi! Jangan sesekali mommies bagi ganjaran berbentuk makanan dan susu! Selain itu juga, mommies cuba la jadi lebih kreatif dalam memberikan galakan. Contohnya menggunakan media berbentuk video, kartun mahupun apps. Aplikasi Talking Ginger (apps anak kucing gosok gigi dan mandiyang interaktif serta catchy memang cepat menarik minat anak.

Selain galakan, mommies boleh try teknik menakut-nakutkan jugak. Mamy selalu google gambar gigi rongak dan hitam-hitam, dan tunjukkan pada Naufal. Mamy cakap, kalau malas gosok gigi, macam itu lah jadinya gigi dia. Dan baunya busuk sangat! Takde siapa nak kawan, dan nak dekat. haha.

Walau apapun yang kita lakukan, sabar adalah kunci paling utama. Jangan sampai baby rasa tertekan dan menganggap aktiviti menggosok gigi adalah satu bentuk toture yang menakutkanAmalkan pendekatan psikologi dan berhemah. Jangan berkasar! Psikologi tu penting.





Mamy Syu kata
Jadi inilah cara Mamy Syu melatih Naufal menggosok gigi, dan kesannya "melekat" jadi tabiat sampai sekarang. Paling penting, sebelum tidur malam, jangan sesekali skip gosok gigi anak, sebab tempoh semalaman 8 - 10 jam tidur tu yang emberi peluang asid dari tindakan bakteria tu menghakis dan merosakkan gigi.

Sekarang abam Naufal dah pun berusia 10 tahun, dan alhamdulillah belum ada lagi masalah gigi rosak. (^_^)


Post a Comment

1 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!