7S yang perlu korang tahu dalam menjaga bayi pramatang | Seperti yang pernah aku coretkan di sini dulu, pada tahun 2013, aku telah melahirkan anak sulung aku secara pembedahan pada usia 32 minggu kehamilan. Selama lebih 14 hari kami berkampung di NICU dan di wad Paediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
My little preemie baby, Naufal the miracle | 1.8kg |
Episod berkampung di hospital bukannlah cabaran yang sebenarnya dalam menjaga baby pramatang ni. Cabaran utama dalam isu penjagaan bayi pramatang adalah bila kita dah balik rumah. Adalah penting bagi kita untuk memastikan bayi pramatang kita berada dalam keadaan stabil dan selamat di bawah jagaan kita di rumah. So, bagi memudahkan penjagaan korang, aku nak kongsikan 7S yang perlu korang ingat dan dijadikan panduan :
7 'S' yang perlu korang tahu dalam menjaga bayi pramatang
1. Suara ibu menyamankan jiwa
Ingat, bayi pramatang ni perlukan sokongan dan semangat. Ibu kena rajin-rajin bercakap dengan bayi pramatang korang. Cakaplah kata-kata penuh kasih sayang pada dia. "Adik..ibu sayang sangat kat adik. Adik kena kuat ye? Adik jangan takut sebab ibu sentiasa ada di sisi adik.."
Kajian membuktikan yang suara ibu boleh membantu menenangkan bayi.
2. Susu ibu paling sesuai
Aku ingat lagi, masa di hospital, aku stress sangat sebab doktor push aku supaya usahakan jugak agar dapat bagi susu perahan kat baby. Yela. Secara klinikalnya susu ibu memang merupakan makanan terbaik buat bayi baru lahir.
Apatah lagi kalau bayi yang baru lahir tu adalah bayi pramatang. Usus bayi pramatang sangat fragile. So hanya susu ibu yang cukup "ringan" untuk diproses oleh perut bayi pramatang. Kalau korang ada masalah nak meyusukan baby korang atas sebab tertentu, korang kena cepat berbincang dengan staf kesihatan yang menjaga korang tu. Mintak diorang hantar seorang perunding laktasi untuk bantu korang.
Feeding my preemie Naufal dengan menggunakan syringe sebab EBM perlu ditambah HMF supaya berat premie cepat naik. |
3. Sentuhan ibu
Sentuhan merupakan satu keajaiban. Orang kata, 1 sentuhan lebih bermakna dari 1000 kata-kata. Bayi pramatang sangat mudah kesejukan (hypothermia) So, korang kerap-keraplah mendakap bayi pramatang korang rapat ke dada korang. Lagi elok kalau bersentuhan kulit ke kulit. Lagipun secara saintifik, sentuhan kulit ke kulit dapat membantu dalam meningkatkan berat badan bayi pramatang dengan cepat.
Baca juga : Teknik urutan bayi step by step
4. Sentiasa peka pada keadaan bayi
Biasanya, sekembalinya bayi pramatang dari hospital, diorang kerjanya asyik nak tidur je. Susah nak dengar suara diorang. Kadang tu sampai 20 jam sehari diorang tidur! Tapi bila makin hampir je tarikh yang sepatutnya diorang dilahirkan, (EDD) barulah diorang akan mula banyak "permintaan" dan menangis bila lapar atau nakkan sesuatu.
So, ibu perlu lebih peka. Bukanlah aku nak menakut-nakutkan korang. Tapi, manalah tahu, kot tidur diorang tu rupanya "tidur" selamanya ke. Nauzubillahiminzalik! So please ye ibu. Kena sentiasa perhatikan perubahan bayi pramatang korang. Kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran korang, rujuk segera pada pakar perubatan.
5. Suasana sesuai
Keadaan suhu bilik korang kenalah berpadan-padan dengan keadaan bayi pramatang korang. macam aku cakap tadi, bayi pramatang mudah kehilangan haba atau dipanggil hypothermia. Kalau bilik korang menggunakan kipas, eloklah di set pada kelajuan no 1 je. Tak perlulah kot air-cond. lagipon kan korang pun masih dalam pantang. Suasana dan suhu bilik tu biarlah suam-suam telur ayam gittew. Berpeluh tu kan lagi bagus.
6. Sentiasa positif
Menerima kehadiran orang baru memang boleh menjadi satu tekanan pada korang suami isteri. Nak-nak pulak kalau anak sulung. Masa yang selama ni korang rasa cukup je untuk bersantai-santai dan berehat, sekarang dah makin sempit. So, kena pandai berpakat suami isteri supaya korang ada masa untuk rehat. Terutamanya ibu lah. Kena lagi banyak rehat berbanding ayahnya, untuk memulihkan semula badan yang lesu selepas bersalin.
Apa yang paling penting, jangan lupa bahawa korang telah berjaya melahirkan seorang lagi insan ke dunia ini. Jangan patah semangat! Terus berusaha dan betahan demi masa depan bayi korang.
7. Selitkan masa peribadi untuk ibu
Aku dulu, sangat paranoid kalau baby aku tersedak susu. Yela, masa breastfeed baby tu, kadang kita tak perasan yang aliran susu jadi laju tiba-tiba. Diorang kan pramatang. So diorang mudah tersedak dan tak cukup nafas untuk menelan susu yang laju tu. huhu.
Aku pernah kot, melalui saat-saat panik bila tengah tidur, tiba-tiba baby jeluak susu dan terus lemas. Muka dia berubah jadi purple, menandakan dia suffocated! Ya Allah! Masa tu aku rasa, betapa tak bergunanya aku sebagai ibu. Lepas dari kejadian tu, aku selalu tak tidur malam, sebab asyik nak memerhatikan anak aku. huhu. Akhirnya aku tak cukup rehat, lesu dan semakin stres.
Aku hampir-hampir je jatuh ke stage "kemurungan" lepas bersalin korang tahu?! So ibu-ibu kepada bayi pramatang. Ingat! Pentingnya masa untuk diri korang sendiri. Kalau korang sendiri tak cukup rehat, mana mungkin korang nak ada tenaga yang cukup untuk menjaga baby? Kerjasama orang lain dalam rumah tu amat penting okey?
So, ini budak Naufal setelah berusia 4 bulan. (Corrected age : 2 bulan setengah) Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang baik seiring dengan usia dia.
Sekarang? 2018. Naufal merupakan seorang budak 5 tahun yang sangat aktif dan dah pun bersekolah Tadika. ^_^
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
wah mahal pengalaman tu
ReplyDeletebukan semua terpilih ada pengalaman dan pengetahuan jaga bayi pramatang
alhamdulillah naufal dah membesar dan comel :)
Belajar daripada pengalaman. Semoga naufal jadi anak yang soleh
ReplyDeleteTwrima kasoh atas perkongsian yang sangat bermanfaat
ReplyDeletePengalaman yang sangat berguna buat para ibu yang menghadapi situasi yang sama. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletePengalaman yg hampir sama .....tq 4 sharing....
ReplyDelete