Pengalaman aku membawa baby Hawraa' untuk bersunat tempoh hari merupakan pengalaman pertama Syu terlibat dengan prosedur sunat bayi perempuan. Memandangkan Syu baru seorang ni je anak perempuan, memang agak was-was dan risau juga nak serahkan baby untuk disunatkan. Aduh, ngeri pun ada tau. Sakit tak kalau sunat bayi perempuan ni ya?”
Bila patut sunat bayi perempuan, Klinik sunat bayi perempuan Gerik, Cara Sunat Bayi Perempuan, Hukum sunat bayi perempuan, Fatwa malaysia sunat bayi perempuan, Sunat bayi perempuan umur berapa, Wajibkah sunat bayi perempuan, Umur berapa sunat bayi perempuan, Sunat bayi perempuan menurut Islam, Sunat Bayi Perempuan Sakit Tak,
Ok, sebelum prosedur sunat tu dijalankan, aku dah bawa Hawraa' untuk pertama kali berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Biarpun kebiasaannya kita sunat bayi kita sebaik selepas tamat tempoh 44 hari berpantang, tapi doktor perlu juga periksa sama ada baby kita tu dah boleh disunatkan ataupun perlu tunggu baby besar sikit lagi.
Lepas pemeriksaan bahagian clitoris atau kelentit itu dijalankan, doktor Klinik Syifaa' Gerik, Dr. Arbaayah mengesahkan yang baby Hawraa' dah pun bersedia untuk disunatkan. So, tarikh 23 Mei 2018 diberikan sebagai temujanji untuk prosedur sunat itu dijalankan.
Baby Hawraa' secara rasminya telah disunat pada tanggal 7 Ramadhan 1439H |
Semasa perjumpaan pertama dengan Dr. Arbaayah, beliau ada menerangkan bahawa berkhitan (berkhatan) atau bersunat bayi perempuan ini hanya melibatkan prosedur pemotongan sebahagian kecil kulit pada bahagian atas clitoris bayi sahaja.
Bahagian yang dipotong itu sebenarnya teramat sangatlah kecilnya. Bak kata doktor, sekadar ambil syarat berdarahkan bahagian itu sahaja.
So mommies out there, jangan lah korang seriau nak sunat anak korang okey?
Prosedur khatan bayi perempuan ni tak menyiksa baby kita pun. Baby Araa sendiri pun masa disunatkan semalam menangis 1 harkat je, pastu dah boleh senyum-senyum dan main agah-agah semula macam biasa.
5 Perkara ibu bapa perlu tahu sebelum sunat bayi perempuan anda
Bagi mommies yang masih lagi was-was akan prosedur sunat bayi perempuan, korang boleh baca dulu 5 perkara mommies wajib tahu tentang sunat bayi perempuan.
Jom scroll satu persatu ya.
1. HUKUM BERSUNAT MENURUT ISLAM
Isu bersunat bayi perempuan ini sebenarnya banyak khilaf nya di kalangan orang Islam sendiri apatahlagi di kalangan bukan Islam. Mereka yang di barat menuduh yang tuntutan sunat wanita di Malaysia ni adalah sama dengan kaedah sunat di rantau Afrika – Female Genital Mutilation.(FMG)
Amalan sunat yang diamalkan Islam sama sekali tak serupa dengam FMG! FMG memang suatu prosedur yang zalim dan menyiksa golongan wanita. Korang google lah sendiri, FMG tu diorang "potong" macam mana. Memang zalim!
Amalan sunat yang diamalkan Islam sama sekali tak serupa dengam FMG! FMG memang suatu prosedur yang zalim dan menyiksa golongan wanita. Korang google lah sendiri, FMG tu diorang "potong" macam mana. Memang zalim!
Pendapat Dr. MAZA tentang hukum bersunat budak perempuan
Apa pulak kata jumhur ulama' mengenai khatan bagi perempuan?
Tapi bergantung pula pada tahap kesihatan baby tu sendiri. Andai kata bayi tu mempunyai masalah kesihatan contohnya seperi penyakit ‘darah cair’ yang menyebabkan darah tidak dapat membeku sekiranya dikhitankan, maka ia patut dielakkan.
Maka sebab itulah di Malaysia, Majlis Fatwa memutuskan bahawa ia tidaklah wajib bersunat sekiranya prosedur itu boleh menimbulkan mudarat disebabkan oleh masalah kesihatan semasa yang dihidapi oleh baby.
Dan sebab itu jugalah perlunya kita mommies tetapkan pertemuan dengan doktor terlebih dahulu supaya dapatlah doktor memeriksa keadaan kesihatan anak kita dan mempertimbangkan faktor risiko sekiranya ada.
2. KESEDIAAN BAYI
Macam Syu cakap tadi, sebelum nak bawa baby Hawraa' bersunat semalam, tiga hari sebelum tu Syu dah pun bawa dia ke klinik berjumpa doktor Arbaayah. Tujuan berjumpa tu adalah untuk memeriksa sama ada bayi dah boleh disunatkan ataupun tidak.
Bila doktor sahkan baby Hawraa' sudah bersedia untuk disunatkan, beliau maklumkan pada Syu sekiranya pada tarikh tersebut tiba-tiba baby Hawraa' jatuh sakit, demam atau batuk, maka prosedur sunat terpasa ditangguhkan hingga Hawraa' sihat.
Selain tu, staf klinik tersebut juga ada menyampaikan pesanan dari doktor supaya memakaikan bayi dengan lampin yang bersih sebelum datang ke klinik untuk menjalankan prosedur sunat.
3. BILA PATUT SUNAT BAYI PEREMPUAN
Berbalik pada point nombor 2, bayi perempuan boleh disunat hanya setelah bahagian klitoris nya betul-betul sudah jelas terbentuk. Ini semua hanya boleh ditentukan oleh doktor yang mahir dan telah menjalani latihan khusus dalam mengkhitan bayi.
Persoalan tentang bila patut sunat bayi perempuan ni sebenarnya tak 100% bergantung pada usia baby, tapi lebih kepada faktor kesediaan bayi itu sendiri.
Kalau menurut polisi Klinik Syifaa', klinik yang aku bawa Hawraa' untuk bersunat tu, doktor yang incharge menetapkan bayi mesti diperiksa terlebih dahulu, dan temujanji akan ditetapkan mengikut kematangan bayi tersebut.
Syu yakin, polisi seperti ini sengaja ditetapkan bagi mengurangkan risiko seminima yang mungkin. Para ulama pun ada menegaskan yang sunat bayi perempuan ni tak boleh dilakukan sehingga cedera bahagian klitoris bayi tu. Sebarang kesilapan boleh mengundang kemudaratan dan kecacatan terhadap bayi itu secara kekal.
4. CARA PENJAGAAN
Dari pengalaman aku sendiri, cara penjagaan baby selepas bersunat tersangatlah mudah. Dalam 3 ke 4 jam selepas prosedur, darah sudah pun berhenti sepenuhnya dan baby nampaknya selesa je, tak meragam pun. Doktor cuma bekalkan cecair pencuci untuk mencuci bahagaian yang terlibat tu supaya tak berlaku jangkitan kuman.
Apa yang penting, mommies kena kerap check lampin baby. Pastikan lampin sentiasa bersih. Kalau lampin basah dengan air kencing, tak mengapa lagi. Tapi kalau baby poo-poo, mommies jangan tangguh sesaat pun. Cucilah segera supaya kuman dari najis tak merebak ke bahagian luka.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis hari ini, ianya belum pun cukup 24 jam selepas prosedur sunat itu diljalankan. Baby Hawraa' bangun pagi tadi ceria dan aktif macam biasa dan tak menunjukkan tanda-tanda tak selesa mahupun meragam. Tidur malam tadi pun lena je, cuma sesekali dia terjaga mahu menyusu.
5. HIKMAH SUNAT ANAK PEREMPUAN
Sunnah berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada wanita dari segi kesihatan. Yakinlah. Setiap amalan yang disyariatkan oleh Allah tidaklah sia-sia, pasti ada hikmah dan kelebihannya.
Khitan dikatakan dapat membawa kesempurnaan agama, keindahan, dan meluruskan syahwat. Ada yang berpendapat, amalan sunat bayi perempuan dapat membendung "gejala gedik" di kalangan remaja perempuan.
Apa pandangan Ustaz Azhar Idrus?
Tapi itu sekadar pandangan dan pemerhatian komuniti sahaja. Setakat ni tiada lagi kajian yang khusus untuk membuktikan hubungan signifikan antara amalan sunat ini dengan keupayaannya dalam mengawal syahwat wanita.
So, berpandukan pandangan pakar Ilmu fiqh di atas ni, mommy dan daddy berbincanglah sesama suami isteri dan tentukanlah sendiri sama ada koorang nak sunatkan anak perempuan korang ataupun tidak.
Aku?
Aku dan suami pilih khitan kan anak perempuan kami..
KHIDMAT SUNAT PROFESIONAL, GERIK
Sebagai penutup, bagi warga Gerik yang memilih untuk sunat bayi perempuan korang, tapi buntu tak jumpa cari bidan yang buat sunat ni, korang boleh dapatkan khidmat profesional dari doktor Arbaayah di klinik beliau, iaitu Klinik Syifaa', Gerik.
Kosnya juga tidaklah mahal. Cuma RM 25 sahaja. Prosedur sunat dilakukan dalam kondisi aseptik (bebas kuman) dan dilakukan oleh personel medikal. Korang boleh berhubung terus melalui talian 05-7911900 untuk sebarang pertanyaan.
Kbai.
Selamat berpuasa!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Salam.. Kajian perubatan Islam di Malaysia menunjukkan bahawa pandangan khatan dikalangan bayi perempuan ini amat cetek sekali dan tidak dipandang serius oleh kebanyakkan para ibu bapa.
ReplyDeletePada tahun 1980'an dikatakan hampir mencecah 70% bayi perempuan yang lahir tidak menjalani proses berkhatan dan saya pernah didedahkan dengan satu kenyataan yang menyebut antara faktor
penyebab anak gadis masa kini terlibat dengan masalah sosial, kesalahan melakukan seks bebas dan sifat kurang malu, adalah berpunca daripada tindakan para ibu bapa yang tidak mengkhatankan
anak perempuannya selain daripada didikan agama yang mencukupi. Bahagian kelentit perempuan,ia merupakan nadi nafsu bagi perempuan dan kebanyakan pandangan ulamak mengatakan bahawa
untuk mengawal nafsu anak perempuan ini antara lainnya adalah dengan memotong sedikit kulit yang menutupi kelentit ini. Justeru disebabkan amalan ini tidak menjadi tumpuan serius dikalangan
masyarakat kita, kjian bermula pada tahun 1980'an hingga sekarang ini 2009, anak-anak itu berumur lebih kurang 29 thn. Maka kesannya sekarang ini kita boleh lihat. Ini mungkin antara salah satu
faktor penyebabnya gejala ini berlaku. Namun begitu bagi saya, terdapat nas yang mengatakan bahawa sunat ke atas anak perempuan itu wajib, ada yang sunat, harus ataupun dimuliakan. Apa pun
pandangan ulamak menyaksikan bahawa terdapat kebaikkan sekiranya khatan ke atas bayi perempuan ini dibuat, dan saya rasa kita laksanakan apa yang terbaik untuk agama kita dan anak-anak
kerana tidak ada pun yang menyatakan bahawa khatan ke atas anak perempuan ini sepatutnya tidak perlu dilaksanakan. Sekiranya alasan berkhatan ke atas bayi perempuan boleh mendatangkan
kebaikan, maka apa yang nak di debatkan lagi. Ternyata ianya membawa kebaikan kepada anak-anak itu. Maka laksanakan sahaja. Sekian....
semoga jadi anak yg solehah.
ReplyDeleteAminn..aminn ya rob.
DeleteTerima kasih ejulz. Semoga ejulz pun bakal dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.