Roti jala sememangnya salah satu top delicacies yang orang Malaysia cari bila tiap kali tibanya bulan Ramadhan. Tapi kebanyakan resipi yang dikongsi adalah resepi roti jala berskala familyt sekurang-kurangnya dengan sukatan 1 kilogram tepung. Banyak tuh!
buat roti jala 2 orang makan
Kalau awak student universiti, tinggal di hostel atau menyewa bujang-bujang memang tak munasabah lah nak menebar roti jala sampai sekilo! Siapa nak makan banyak-banyak? ahaks. lagipun lama kot nak berdiri menjala sampai 1kg tepung gandum!
resepi roti jala dua orang
resepi roti jala student
Memahami sangat masalah korang, adik-adik, sama ada student atau pasangan baru kahwin. Aku pun pernah alami perasaan yang sama. Bila tekak rasa nak makan roti jala, tapi. Nak dibeli, payah nak dapat. Bulan-bulan puasa banyak lah orang jual. Nak buat sendiri, resepi semuanya saiz hidangan untuk keluarga besar. Frust gila.
*Paham. Mamy paham sangat perasaan tu*
So, taknak cakap banyak. Ni Mamy olah balik dari entri resepi roti jala (dengan Kuah Durian) yang Mamy tulis sebelum ni, menjadikan saiz sukatan dari setengah kilo tepung kepada hanya 1 cawan tepung sahaja. Olahan semula resepi ni Mamy Syu dah cuba sendiri dah tau. Memang sama lembut dengan resepi asal.
resepi roti jala berbuka puasa
Ok jom kita tengok macam mana nak buat roti jala dengan hanya menggunakan 1 cawan tepung sahaja.
roti jala sukatan cawanAnda Mungkin Meminati Juga : Resepi Gulai Daging Kawah Padu!
Resepi Roti Jala Secawan Tepung
Saiz hidangan: 3 – 5 orang makan
Tempoh penyediaan : 35 minit
Tempoh penyediaan : 35 minit
cara buat roti jala lembut dan lembap
Bahan-bahan roti sukatan cawan :
Secawan tepung gandum (≈150 gm)3 sudu besar minyak jagung
½ cawan santan pure (ganti susu sejat pun ok)
1 biji telur saiz B kebawah
1 sudu kecil serbuk kunyit / serbuk pewarna
¼ sudu kecil garam
1½ cawan air - jika perlu
resepi roti jala simple
2. Masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan roti jala.
3. Tebar atau kirai lah roti jala korang tu atas kuali leper membentuk jaring.
4. Bila dah masak, angkat dan gulung roti jala korang. Nak lipat jadi 3 segi pun ok.
5. Ulang langkah 3 dan 4 untuk kesemua bancuhan sampai lah habis.
4. Sedia dihidang bersama kari ayam.
1 biji telur saiz B kebawah
1 sudu kecil serbuk kunyit / serbuk pewarna
¼ sudu kecil garam
1½ cawan air - jika perlu
resepi roti jala simple
Cara-caranya :
1. Kisarkan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan bancuhan.2. Masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan roti jala.
3. Tebar atau kirai lah roti jala korang tu atas kuali leper membentuk jaring.
4. Bila dah masak, angkat dan gulung roti jala korang. Nak lipat jadi 3 segi pun ok.
5. Ulang langkah 3 dan 4 untuk kesemua bancuhan sampai lah habis.
4. Sedia dihidang bersama kari ayam.
Resepi Kari Ayam sebagai Penyicah Roti Jala
Bahan-bahan utama Kari Ayam:
½ cawan Minyak masak4 sudu besar Serbuk kari daging
200 g isi ayam, dipotong kecil (sepenadah tangan)
2 ketul ubi kentang, dipotong dadu kecil
1 sudu besar pes asam jawa
½ cawan santan pure + 2 cawan air
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk pati ayam (optional)
1 sudu kecil gula
Bahan A : untuk menumis
1 tangkai daun kari dilurut1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
2 biji Buah pelaga
3 biji Cengkih
Bahan B : perlu dikisar halus
1 ½ biji Bawang besar1 ulas Bawang putih
2 inci Halia
resepi roti jala orang bujang
Cara-caranya:
1. Tumiskan bahan-bahan (A) hingga naik bau.2. Kemudian tuang bahan kisar (B) dan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang.
5. Biarkan dia menggelegak sehingga kentang menjadi empuk.
6. Masukkan santan dan biarkan lagi hingga mendidih.
7. Perasakan dengan pati ayam, garam, gula dan asam jawa, biar seimbang.
Siap dihidangkan bersama roti jala!
resepi roti jala bujang
So, tunggu apa lagi? Itu dah jam 5.30 petang dah tu. Jom lah masuk dapur buat roti kirai sendiri dengan saiz secawan tepung. Buat sendiri confirm puas hati! Selamat berbuka puasa!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Okey weekend nanti nak buat la...sedapnyaaa
ReplyDeleteSeronok makan kak sa, tapi nak menjala nya kena berganti-ganti kalau buat banyak
Deletesiap bookmark resepi annur ni, nnt nak juga cuba cuma kita tak da acuan roti jala tu ...
ReplyDeletesedap.. kat office lama dulu selalu makan ni. hehe
ReplyDeleteMeleleh tengok roti jala beliau.. lapar terus perut
ReplyDelete